Dari Wall Dr Zulkifli Sharif
Apa yang selalu saya share dengan pesakit mengenai kebaikan berpuasa.
1. Sahur itu penting. Banyak pahala dan keberkatan. Mangajar dan melatih umatnya untuk bersarapan sempurna di luar waktu puasa. Bukankah sarapan adalah makanan yang paling utama. Berapa ramai yang tinggalkan sekarang?
2. Latihan untuk tidak tidur selepas sahur, sholat subuh hingga ke pagi. Menjadikan waktu pagi panjang. Banyak kerja tak perlu ditangguh dan berapa mesranya keluarga dengan interaksi yang baik di waktu pagi. Ada masa untuk meregang-regangkan otot yang keras sebelum pergi kerja. Orang yang berjaya di dunia bangun awal pagi.
3. Menunjukkan bahawa tidaklah penting mana makan tengahari yang banyak menyebabkan ramai antara kita melengahkan sholat zuhur. Ada pun masa untuk tidor sekejap. Pahala pun dapat. Kajian atas produtiviti pekerja di waktu petang menunjukkan tidor sekejap ini memberi impak positive berbanding dengan pekerja yang sebok nak keluar makan.
4. Bahawa makan malam itu penting dan tak perlu ditinggalkan cuma kaedahnya bukan dalam kuantiti yang besar tetapi bersederhana sesuai untuk mencukupkan apa yang hilang semasa sehari-harian kita melakukan apa2 sahaja aktiviti.